SMU (A)
Saadarul Qura merupakan salah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang
terdapat di Negeri Kelantan. Sekolah ini terletak di daerah Kuala Krai iaitu
sejauh71.1 km atau 1 jam 30 minit perjalanan dari Bandar Kota Bharu. Disebabkan
oleh kedudukan geografinya yang terlindung antara bukit di daerah Kuala Krai
dan Tanah Merah, SMU (A) Saadatul Qura yang didirikan di RPT Bahagia hanya
boleh dihubungi melalui jalan sungai dengan menggunakan pengangkutan air iaitu
sampan dan motobot selama 45 minit dari Tangga Bradley yang terletak berdekatan
dengan Bandar Kuala Krai.
Perkhidmatan motobot ke RPT Bahagia
noleh didapati pada masa-masa tertentu dengan kadar tambang yang agak
berpatutan iaitu RM3 untuk satu perjalanan. Walaubagaimanapun, jika terdapat
urusan kecemasan atau tidak mahu menunggu waktu yang ditetapkan, pengunjung
boleh menyewa sebuah motobot yang sentiasa bersedia di Tangga Kraidengan kadar
tambang RM 60 untuk satu perjalanan.
Sebagai alternatif lain untuk ke RPT
Bahagia, pengunjung kini boleh melalui jalan darat menggunakan pacuan 4 roda
dari Bandar Tanah Merah dengan melalui jalan bukit yang ditarah dan sedang
dinaik taraf. Sesuai dengan nama dan kedudukan geografinya, RPT Bahagia
merupakan sebuah kampung yang aman dan tidak dicemari oleh pembangunan dan
masih mengekalkan kehijauan bumi
Kelantan kerana ianya berdekatan dengan Hutan Simpan yang dipelihara kewujudannya.
SMU(A) Saadadul Qura on Google Maps
SMU(A) Saadadul Qura on Google Maps
No comments:
Post a Comment