SEJARAH SEKOLAH
i.
TARIKH PENUBUHAN
SMU (A) Saadatul Qura ditubuhkan secara rasminya pada 1968 di RPT
Bahagia bagi memberikan satu alternatif baru bagi penduduk setempat untuk
menghantar anak mereka meneruskan pengajian menengah kerana pada ketika itu, sekolah
menengah terdekat hanya terdapat di Bandar Kuala Krai yang memerlukan kos
perjalanan yang agak tinggi dan merugikan masa kerana mereka perlu menaiki bot
untuk ke Bandar Kuala Krai yang mengambil masa selama 45 minit.
Bertitik tolak dari masalah yang
dihadapi penduduk setempat dan kawasan yang berdekatan RPT Bahagia, maka
tertubuhlah SMU (A) Saadatul Qura di tanah bekas madrasah dan memberikan
pengajian agama dan menengah lepada para pelajarnya.
ii.
PENGASAS
SMU (A)
Saadatul Qura oleh Encik Mustapha Bin Yusof yang merupakan pengetua pertama.
Beliau merupakan seorang yang cukup dihormati dan disegani oleh penduduk
setempat kerana sikap dan juga kewibawaannya. Beliau mengurus dan mentadbir hal
ehwal sekolah selama 15 tahun sebeum diambil alih oleh pengetua seterusnya.
iii.
KELUASAN TAPAK
Keluasan tapak SMU (A) Saadatul Qura adalah seluas 6.8 ekar yang
merangkumi bangunan sekolah , kantin , asrama , dan juga sebuah padang.
Walaubagaimanapun, seiring dengan perkembangan penduduk setempat dan bagi menampung
keperluan pelajar di RPT Bahagia, pihak sekolah telah bercadang untuk meluaskan
lagi dan menaik taraf bangunan yang sedia ada dengan beberapa blok baru asrama
dan juga blok bangunan sekolah.
ASAL USUL NAMA SEKOLAH
SMU (A) Saadatul Qura mendapat namanya
daripada nama RPT Bahagia itu sendiri dimana Qura dalam bahasa melayu bermaksud kampong
manakala Saadatul bermaksud bahagia. Maka terbentuklah satu nama yang cukup
indah iaitu Saadatul Qura yang bermaksud Kampung Bahagia dimana ianya melambangkan
identiti dan jati diri RPT Bahagia. Keindahan nama sekolah yang diberikan oleh
pengasasnya mencerminkan kedudukan dan kredibiliti SMU (A) Saadatul Qura di
mata penduduk setempat sesuai dengan statusnya sebagai satu-satunya sekolah
agama sekitar kawan RPT Bahagia.
SENARAI PENGETUA YANG PERNAH BERKHIDMAT
- ENCIK MUSTAPHA BIN YUSOF (PENGASAS) 1968 – 1983
- ENCIK ZAKARIA BIN MAT ZAIN 1984 – 1987
- ENCIK RAMLI BIN MAMAT 1988 – 1988
- ENCIK MOHAMMAD AMIN BIN ISMAIL 1988 – 1989
- ENCIK MOHAMMAD AMIN BIN MOKHTAR 1989 – 1990
- ENCIK NOORUL DIN BIN ZAKARIA 1991 – 1999
- ZULKARNAIN BIN WAN HANIFA 2000 – 2005
- ENCIK MOHD TERMIZI BIN IBRAHIM 2005 – 2006
- USTAZ ZAKRI BIN MAMAT 2007 - SEKARANG
No comments:
Post a Comment